Laman Utama

Rabu, 15 Mei 2013

MODEL PENYELIDIKAN AKSI/ (ACTION RESEARCH MODEL)


•     Model ini menekankan aktiviti perubahan terancang/berancana sebagai “proses pusingan atau edaran” (cyclical process).

•     Model ini bermula dengan menjalankan penyelidikan di peringkat organisasi untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan untuk dijadikan panduan bagi tindakan seterusnya.

•       Keputusan tindakan dinilai untuk memberi maklumat untuk dijadikan panduan untuk tindakan lanjutan dan edaran atau pusingan ini diulangi secara satu proses yang berterusan.

•         Lapan peringkat utama model ini diterangkan di bawah (Cummings dan Huse, 1989)

Gambarajah : Model Penyelidikan Aksi.

  1. Mengenal Pasti Masalah (Problem Identification)
§  Tahap di mana individu utama menyedari wujudnya satu atau lebih masalah yang perlu diatasi
§  Dengan bantuan pakar pembangunan organisasi.

  1. Perundingan Dengan Pakar Gelagat
§  Setelah menyedari wujudnya masalah dan mengetahui bahawa masalah tersebut boleh diatasi, bantuan pakar pembangunan organisasi diperolehi.

  1. Pengumpulan Data Dan Diagnosis Pendahuluan
§  Perunding bersama dengan ahli organisasi melakukan pengumpulan data dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti :
a.       temuramah
b.      pemerhatian proses
c.       soal selidik  
d.      analisis data prestasi organisasi.

  1. Maklum Balas Kepada Pelanggan /Kumpulan Utama
§  Data yang telah dikutip diberi atau diserahkan kepada pelanggan untuk menentukan kelemahan dan kekuatan bidang yang dikaji/diselidiki.
§  Perunding pembangunan organisasi memberi semua data yang berkaitan dan berguna kepada pelanggan.

      v.            Diagnosis Masalah Bersama (Joint Diagnosis of the Problem)
§  Kumpulan membincangkan maklum balas dan menentukan sama ada kajian tambahan masih diperlukan.
§  Keputusan/hasil/penemuan kajian tambahan dirumuskan dan
§  dihantar kepada kumpulan lagi untuk pengesahan, diagnosis lanjutan dan mengenal pasti masalah.

    vi.            Perancangan Tindakan Bersama (Joint Action Planning)
§  Perunding, pakar pembangunan organisasi dan pasukan pengurusan bersama-sama bersetuju mengenai kaedah mengatasi masalah (problem-solving method).
§  Tindakan tertentu yang akan diambil bergantung kepada budaya organisasi, teknologi dan persekitaran kerja, masalah yang akan diatasi 
§    masa dan kos berkaitan dengan program pembangunan organisasi yang dikehendaki.

  vii.            Tindakan (Action)
§  Peringkat ini melibatkan perubahan yang sebenarnya iaitu dari keadaan semasa organisasi ke satu keadaan yang baru atau lebih baik.
§  Tindakan yang diambil boleh berbentuk
a.       penggunaan kaedah dan prosedur baru,
b.      penstrukturan semula,
c.       merekabentuk kerja.
d.      mengekalkan gelagat baru.

viii.            Pengumpulan Data Selepas Tindakan (Data Gathering After Action)  
§  Data baru dikumpulkan selepas tindakan dilaksanakan untuk mengukur dan menentukan kesan tindakan.
§  Berasaskan maklum balas, situasi mungkin didiagnosis semula/kembali dan tindakan baru diambil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan