Model
perubahan Kurt Lewin (1975) merupakan salah satu model perubahan terancang yang
terawal.
Semua
gelagat (behaviors) yang terdapat dalam organisasi adalah hasil daripada dua
bentuk tekanan:
(a)
tekanan untuk mempertahankan “status quo” dan
(b)
tekanan untuk melakukan perubahan.
Menurut
Lewin, perubahan boleh dilaksanakan sama ada mengurangkan tekanan untuk mempertahankan
status quo atau meningkatkan usaha/tekanan untuk melakukan perubahan, atau
melaksanakan
kedua-dua kombinasi dengan serentak.
Tiga
Asas Perubahan Menurut Model Lewin
Gambarajah : Model Perubahan Kurt Lewin |
Pencairan
•
Berlaku
apabila wujudnya kesedaran terhadap
– keadaan
semasa, struktur, pembentukan tugas yang tidak memuaskan dan teknologi yang tidak
berkesan.
–
kemahiran
atau sikap kakitangan yang tidak sesuai lagi dengan perkembangan organisasi,
–
kejatuhan
hasil jualan,
–
semangat
kerja yang terlalu rendah.
• Keadaan
satu suasana ini akan mendorong ke arah pencairan suasana yang sedia ada. Tanpa
proses pencairan perubahan tidak akan berlaku.
Peralihan
• Peralihan
berlaku apabila sesuatu program atau rancangan dilaksanakan bagi menggerakkan
organisasi atau kakitangan ke arah yang lebih baik.
•
Pada
peringkat ini berlaku perubahan seperti
–
pembentukan
gelagat,
–
nilai,
–
sikap,
–
struktur
yang baru/lebih baik atau
–
berlakunya
perubahan dan pembangunan organisasi secara keseluruhan.
Pembekuan semula
•
Apabila
perubahan telah berlaku, gelagat atau tingkah laku baru akan dibangunkan.
• Pembentukan
sikap dan struktur baru hendaklah dibekukan dan dijadikan sebahagian daripada
kehidupan baru organisasi.
•
Membekukan
kembali bermakna, organisasi akan berada pada titik keseimbangan yang baru.
• Pada
peringkat ini, keberkesanan perubahan akan diberi perhatian dan dorongan untuk
melakukan perubahan yang seterusnya boleh ditimbangkan.
•
Organisasi
perlu memberi perhatian bahawa pembekuan semula adalah bersifat relatif dan
sementara.
Terima kasih atas perkongsian
BalasPadamTerima Kasih..Banyak membantu..
BalasPadamTHANKYOUUUUUU
BalasPadam