Laman Utama

Rabu, 15 Mei 2013

PENGURUSAN STRATEGIK



  Pengurusan strategik adalah proses di mana seorang pengurus mencipta atau merumuskandan melaksanakan strategi yang disediakan untuk memperbaiki pencapaian matlamat strategik dengan mengetahui persekitaran dan keadaan yang wujud atau tersedia ada.
  Proses pengurusan strategik mempunyai beberapa komponen utama seperti ditunjukkan dalam Gambarajah.
         Proses tersebut bermula dengan
        Mengenalpasti wawasan/misi dan matlamat strategik organisasi.
    Kemudian, melibatkan analisis situasi persaingan dengan mengambil kira kedua-dua persekitaran luaran dan faktor organisasi yang berkaitan.
        Selepas analisis tersebut, pengurus boleh memulakan dengan membentuk atau merumuskan pelbagai strategi yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat strategik.
Gambarajah: Proses Pengurusan Strategik dalam Organisasi (Sumber: Barton & Martin, 1998)


Formulasi Strategi.
         Bahagian proses pengurusan strategik yang meliputi
        mengenal pasti wawasan atau misi dan matlamat strategik.
        menjalankan analisis persaingan.
        merumuskan strategi khas dikenali sebagai peringkat formulasi strategi.

 Strategi Perlaksanaan
         Bahagian proses yang memberi fokus kepada
        perlaksanaan pelan atau rancangan strategi.
        mengekalkan kawalan mengenai bagaimana pelan dilaksanakan.

Kepentingan Pengurusan Strategik.
  1. Membantu organisasi dalam mengenal pasti dan merumuskan kelebihan bersaing yang diperlukan untuk mengatasi daya atau tekanan persaingan.
  2. Memberi hala tuju supaya ahli organisasi tahu di mana mereka boleh menghabiskan usaha atau tenaga mereka.
  3. Membantu dalam menunjukkan perlunya inovasi dan menyediakan pendekatan yang teratur untuk penciptaan idea baru berkaitan dengan strategi.
  4. Untuk melibatkan pengurus di kesemua peringkat dalam proses perancangan supaya mereka boleh memahami rancangan yang dihasilkan dan juga perlaksanaan rancangan yang lebih komited lagi.

1 ulasan: