STRUKTUR
ORGANISASI
- Suatu sistem
atau jaringan formal menunjukkan bagaimana aktiviti organisasi dibahagi,
dikumpul dan diselaraskan.
- Menggambarkan
hubungan diantara pelbagai tahap pengurusan.
- Membentuk
struktur lini dan staf melalui carta organisasi.
Struktur Devisional
Pembahagian jabatan
dibuat mengikut:
- Geografik
- Pelanggan
- Produk
Ciri-ciri Struktur Devisional
- Struktur
diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik.
- Setiap
division mempunyai sumber fungsi utama
yang diperlukan dan tidak bergantung kepada division yang lain.
Struktur Divisional
Mengikut Produk
Struktur Devisional Mengikut Pengguna
Struktur Devisional Mangikut Geografik
Kebaikan
Divisional Mengikut Produk
- Meningkatkan
kemahiran dalam pengeluaran produk
- Meningkatkan
produktiviti dan kreativiti kerana berlakunya pengkhususan kerja
- Mudah
untuk menangani perubahan dan masalah dalam proses pengeluaran produk.
Divisional Mengikut Pengguna
- Meningkatkan
tahap perkhidmatan dan kemahiran pekerja kerana dilatih untuk memenuhi
kehendak pengguna.
Divisional Mengikut Georafik
- Pengurus
akan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehendak dan gelagat pengguna
bagi kawasan masing-masing
Keburukan
Divisional Mengikut Produk
- Kos
adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai piawaian yang tertentu.
- Pekerja
bimbang mereka mahir dalam keluaran tertentu sahaja.
Divisional Mengikut Pengguna
- Pertindihan
usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan
bukannya tugas.
- Melibatkan
kos yang tinggi untuk mengupah, melatih dan membangunkan ramai pengurus
untuk setiap jenis pengguna.
Divisional Mengikut Georafik
- Pengurus
merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan
- Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang berbeza mengikut kawasan.
Struktur Fungsian
- Struktur
yang diagihkan menurut tugas dan fungsi.
- Merupakan
penjabatan yang paling asas dan lazimnya digunakan oleh organisasi kecil yang mempunyai produk yang terhad.
Contoh:
pengeluaran, kewangan dan pemasaran.
- Ciri-ciri struktur fungsian
- Dikelaskan
mengikut fungsi utama (kemahiran).
- Kedudukan
ahli organisasi adalah mengikut
persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti kerja.
- Contoh:
–
Pengeluaran: aktiviti yang berkait
tentang pengilangan produk
–
Pemasaran: aktiviti promosi dan jualan
produk
–
Sumber Manusia: bertanggungjawab mendapatkan
dan mempertahankan pekerja yang berpotensi.
–
Kewangan: mendapatkan dan menguruskan
sumber dana
- Dikelaskan
mengikut fungsi utama (kemahiran).
- Kedudukan
ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan
aktiviti kerja.
- Contoh:
–
Pengeluaran: aktiviti yang berkait
tentang pengilangan produk
–
Pemasaran: aktiviti promosi dan jualan
produk
–
Sumber Manusia: bertanggungjawab mendapatkan dan mempertahankan pekerja yang berpotensi.
–
Kewangan: mendapatkan dan menguruskan
sumber dana.
Gambarajah Struktur Fungsian
Kebaikan
- Penumpuan
kepada bidang tugas yang diberikan sahaja. (pengkhususan kerja)
- Dapat
meningkatkan kemahiran kerana melakukan kerja yang sama dalam jabatan.
- Mudah
melatih pekerja baru kerana bidang pengkhususan yang sama.
- Dapat
mengurangkan kos dan masalah pengurusan kerana wujudnya perkongsian sumber
.
Keburukan
- Tiada
penekanan kepada kerjasama dan pertukaran idea dengan jabatan yang lain
kerana bidang tugas yang berbeza.
- Masalah yang timbul mempengaruhi jabatan lain dan ini akan meningkatkan kos dan masa yang panjang. Contoh : Kelewatan Bahagian Kewangan meluluskan bajet mengakibatkan masalah kepada jabatan lain.
S Struktur Matrik
- Merupakan
gabungan antara struktur divisional dan struktur fungsian.
- Juga
dikenali sebagai “sistem berbilang arahan”.
- Staf
membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu ketua fungsian dan ketua jabatan
divisional.
Ciri-ciri
Struktur Matrik
-Menggabungkan
struktur division dan fungsian.
- Mempunyai
dua rantaian arahan; menegak dan melintang.
- Pekerja
perlu membuat laporan kepada dua ketua (division dan fungsian)
-Struktur
ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan (unity of command) menyebabkan
ianya sukar untuk diuruskan.
Gambarajah Strukrur Matrik
Kebaikan
1. - Kebolehan untuk mengendalikan 2 matlamat serentak kerana ada 2 penugas autoriti.
2. - Organisasi lebih peka kepada perubahan dalam persekitaran.
3. - Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.
4. - Peningkatan komunikasi antara pekerja, dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan kepelbagaian keluaran dapat dilakukan.
Keburukan
1. - Terlalu kompleks dan ini akan menimbulkan banyak masalah.
2. -Kos pengurusan yang tinggi, contohnya apabila lebih banyak perbincangan terpaksa dilakukan untuk mencapai kesepakatan.
3. -Ketua yang ramai akan menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham antara staf dan pengurus (percanggahan arahan).
4. - Kuasa selalunya didominasi oleh individu-individu yang ekstrovert (menonjol).