Laman Utama

Rabu, 15 Mei 2013

KESAN PERSEKITARAN (THE IMPACT OF ENVIRONMENT)


Persekitaran Tugas (Task Environment)

Definisi : Persekitaran tugas ialah merangkumi sektor luaran organisasi yang berinteraksi secara langsung dan mempunyai kesan langsung terhadap keupayaan organisasi untuk mencapai matlamat.
Persekitaran Organisasi

  • Semua unsur-unsur yang wujud di luar sempadan organisasi.
  • Potensi untuk memberi kesan kepada semua atau sebahagian daripada organisasi
D       Domain adalah bidang persekitaran yang dipilih daripada tindakan
D       Sektor atau subdivisi ialah yang mengandungi unsur-unsur yang sama

Persekitaran Organisasi

a.       Sektor Industri - pesaing, saiz industri dan daya saing, industri berkaitan.
b.      Sektor Bahan Mentah - pembekal, perkilangan, hartanah, perkhidmatan.
c.   Sektor Sumber Manusia - pasaran buruh agensi pekerjaan, universiti, sekolah latihan, pekerja dalam syarikat-syarikat lain, penubuhan kesatuan sekerja.
d.      Sektor Sumber Kewangan - pasaran saham, bank, simpanan & pinjaman, pelabur swasta.
  1.   Sektor Pasaran - pelanggan, pengguna potensi produk dan perkhidmata.
  2.   Sektor Teknologi - teknik pengeluaran, sains komputer, teknologi maklumat, e-dagang.
  3.  Sektor Keadaan Ekonomi - kemelesetan ekonomi, kadar pengangguran, kadar inflasi, kadar pelaburan, pertumbuhan ekonomi.
  4.  Sektor Kerajaan - bandar, negeri, undang-undang persekutuan dan peraturan, cukai, perkhidmatan, sistem mahkamah, pemproses politik.
  5.  Sektor Sosiobudaya - umur, nilai, kepercayaan, pendidikan, agama, etika kerja, pengguna dan gerakan hijau.
  6. Sektor Antarabangsa - persaingan dan pengambilalihan oleh firma asing, kemasukan ke pasaran luar negara, adat negara luar, peraturan-peraturan, kadar pertukaran

       Sektor industri, sektor bahan mentah, sektor sumber manusia, sektor pasaran dan sektor antarabangsa akan memberi kesan secara langsung terhadap operasi harian firma. Manakala sektor yang lain-lain tidak terlibat secara langsung dalam operasi harian sesuatu organisasi.

  1. Sektor Industri sebagai contoh syarikat Samsung dan syarikat Apple mereka dari industri yang sama iaitu smartphone, jadi mereka bersaing untuk menjadi ketua pasaran bagi industri tersebut. Mereka mengeluarkan produk yang mampu menarik pelanggan dengan mempelbagaikan fungsi barangan yang dikeluarkan supaya pembeli membeli berpuas hati dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Mereka juga perlu membuat menambahbaikan berterusan supaya pelanggan akan terus setia dengan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.
  2. Sektor Bahan Mentah sebagai contoh syarikat Nestle mengeluarkan produk bijirin, mereka akan menghadapi masalah apabila bahan mentah rosak atau tidak menepati syarat untuk sesuatu produk yang dihasilkan atas sebab kemarau atau banjir besar pada tempat utama bahan mentah dibeli atau ditanam. Dengan ini akan menjejaskan perjalanan operasi syarikat yang memerlukan gandum sebagai bahan utama pada setiap produk bijirin yang diingini.
  3. Sektor Sumber Manusia sebagai contoh setiap organisasi memerlukan pekerja yang mampu untuk menyumbang tenaga dan idea terhadap organisasi bagi memudahkan matlamat yang diingini tercapai. Organisasi akan menghadapi masalah untuk mengambil pekerja yang tidak menepati kriteria yang diingini, pekerja sedia ada kurang latihan dan membangunan ini akan menyebabkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan akan terjejas.
  4. Sektor Antarabangsa sangat memberi kesan secara langsung kepada organisasi sebagai contoh perbezaan di antara operasi asing dan domestik. Ini akan menyebabkan sesebuah organisasi yang baru ingin memulakan perniagaan menghadapi masalah. Semua organisasi yang baru menceburi sektor antarabangsa akan menghadapi ketidakpastian domestik dan global

Tiada ulasan:

Catat Ulasan