Laman Utama

Selasa, 21 Mei 2013

STRUKTUR ORGANISASI


STRUKTUR ORGANISASI

-  Suatu sistem atau jaringan formal menunjukkan bagaimana aktiviti organisasi dibahagi, dikumpul dan diselaraskan.

-  Menggambarkan hubungan diantara pelbagai tahap pengurusan.

-  Membentuk struktur lini dan staf melalui carta organisasi.


Struktur Devisional


Pembahagian jabatan dibuat mengikut:
   - Geografik
   - Pelanggan
   - Produk

Ciri-ciri Struktur Devisional

- Struktur diagihkan mengikut produk, pengguna dan geografik.
- Setiap division  mempunyai sumber fungsi utama yang diperlukan dan tidak bergantung kepada division yang lain.

Struktur Divisional Mengikut Produk



Struktur Devisional Mengikut Pengguna


Struktur Devisional Mangikut Geografik


Kebaikan

Divisional Mengikut Produk
  1. Meningkatkan kemahiran dalam pengeluaran produk
  2. Meningkatkan produktiviti dan kreativiti kerana berlakunya pengkhususan kerja
  3. Mudah untuk menangani perubahan dan masalah dalam proses pengeluaran produk.
Divisional Mengikut Pengguna
  1. Meningkatkan tahap perkhidmatan dan kemahiran pekerja kerana dilatih untuk memenuhi kehendak pengguna.
Divisional Mengikut Georafik
  1. Pengurus akan mempunyai pengetahuan yang luas tentang kehendak dan gelagat pengguna bagi kawasan masing-masing
Keburukan

Divisional Mengikut Produk
  1. Kos adalah tinggi kerana setiap produk mempunyai piawaian yang tertentu.
  2. Pekerja bimbang mereka mahir dalam keluaran tertentu sahaja.
Divisional Mengikut Pengguna
  1. Pertindihan usaha dalam menguruskan operasi kerana penekanan kepada pengguna dan bukannya tugas.
  2. Melibatkan kos yang tinggi untuk mengupah, melatih dan membangunkan ramai pengurus untuk setiap jenis pengguna.
Divisional Mengikut Georafik
  1. Pengurus merasa kurang kuasa untuk mengawal pekerja cawangan
  2. Kos yang tinggi akibat faktor demografi yang berbeza mengikut kawasan.


Struktur Fungsian


-  Struktur yang diagihkan menurut tugas dan fungsi.
—-  Merupakan penjabatan yang paling asas dan lazimnya digunakan oleh organisasi kecil yang mempunyai produk yang terhad.
   Contoh: pengeluaran, kewangan dan pemasaran.

     - Ciri-ciri struktur fungsian
  -  Dikelaskan mengikut fungsi utama (kemahiran).
  - Kedudukan ahli organisasi  adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti kerja.
 -  Contoh:
        Pengeluaran: aktiviti yang berkait tentang pengilangan produk
        Pemasaran: aktiviti promosi dan jualan produk
        Sumber Manusia: bertanggungjawab mendapatkan dan mempertahankan pekerja yang berpotensi.
        Kewangan: mendapatkan dan menguruskan sumber dana

  - Dikelaskan mengikut fungsi utama (kemahiran).
  - Kedudukan ahli organisasi adalah mengikut persamaan dalam kepakaran, kemahiran dan aktiviti kerja.
 -  Contoh:
        Pengeluaran: aktiviti yang berkait tentang pengilangan produk
        Pemasaran: aktiviti promosi dan jualan produk
        Sumber Manusia: bertanggungjawab  mendapatkan dan mempertahankan pekerja   yang berpotensi.
        Kewangan: mendapatkan dan menguruskan sumber dana.

Gambarajah Struktur Fungsian

Kebaikan

  1. Penumpuan kepada bidang tugas yang diberikan sahaja. (pengkhususan kerja)
  2. Dapat meningkatkan kemahiran kerana melakukan kerja yang sama dalam jabatan.
  3. Mudah melatih pekerja baru kerana bidang pengkhususan yang sama.
  4. Dapat mengurangkan kos dan masalah pengurusan kerana wujudnya perkongsian sumber .
Keburukan

  1. Tiada penekanan kepada kerjasama dan pertukaran idea dengan jabatan yang lain kerana bidang tugas yang berbeza.
  2. Masalah yang timbul mempengaruhi jabatan lain dan ini akan meningkatkan kos dan masa yang panjang. Contoh : Kelewatan Bahagian Kewangan meluluskan bajet mengakibatkan masalah kepada jabatan lain.

S        Struktur Matrik

-—  Merupakan gabungan antara struktur divisional dan struktur fungsian. 
—-  Juga dikenali sebagai “sistem berbilang arahan”.
—-  Staf membuat laporan kepada dua orang ketua iaitu ketua fungsian dan ketua jabatan divisional.

Ciri-ciri Struktur Matrik

 —-Menggabungkan struktur division dan fungsian.
—- Mempunyai dua rantaian arahan; menegak dan melintang.
—- Pekerja perlu membuat laporan kepada dua ketua (division dan fungsian)
 —-Struktur ini bercanggah dengan prinsip kesatuan arahan (unity of command) menyebabkan ianya sukar untuk diuruskan.

Gambarajah Strukrur Matrik

          Kebaikan

1.    - Kebolehan untuk mengendalikan 2 matlamat serentak kerana ada 2 penugas autoriti.
2.    - Organisasi lebih peka kepada perubahan dalam persekitaran.
3.    - Kerjasama antara bidang dapat dilakukan dengan lebih cekap dan berkesan.
4.     - Peningkatan komunikasi antara pekerja, dapat meningkatkan pertumbuhan perniagaan dan kepelbagaian  keluaran dapat dilakukan.   
           
          Keburukan

1.   - Terlalu kompleks dan ini akan menimbulkan banyak masalah.
2.  -Kos pengurusan yang tinggi, contohnya apabila lebih banyak perbincangan terpaksa dilakukan untuk mencapai kesepakatan.
3.  -Ketua yang ramai akan menyebabkan pergaduhan dan perselisihan faham antara staf dan pengurus (percanggahan arahan).
4.  - Kuasa selalunya didominasi oleh individu-individu yang ekstrovert (menonjol).







5 ulasan: