Laman Utama

Rabu, 15 Mei 2013

Strategi Organisasi


STRATEGI

         Strategi ialahbagaimana kita hendak pergi ke mana arah tuju yang kita ingini.
       Strategi juga boleh dianggap sebagai satu pelan atau rancangan tindakan yang berskala besar untuk membolehkan organisasi berinteraksi dengan persekitaran bagi mencapai matlamat utama organisasi tersebut.
      Mintzberg (1994) pula menggambarkan strategi sebagai perancangan di mana suatu petunjuk akan digunakan dalam menjalankan aktiviti pada masa hadapan. Selain itu, beliau juga telah menggambarkan strategi sebagai suatu corak yang mana ianya berpandukan kepada gelagat organisasi.

Peringkat Strategi.

Kebanyakan organisasi membentuk strategi di tiga peringkat:
1.      Korporat.
2.      perniagaan.
3.      operasi atau fungsi.

Peringkat Strategi Dalam Perniagaan.

 Gambarajah: Peringkat Strategi dalam Organisasi.

Peringkat Strategi-Korporat.

         Peringkat strategi-korporat merupakan satu jenis strategi yang menumpukan perhatian kepada
        apakah perniagaan akan dibuat oleh organisasi.
  bagaimana strategi perniagaan tersebut diselaraskan untuk meningkatkan kekuatan kedudukan persaingan organisasi.
        bagaimana sumber akan diagihkan di kalangan atau antara perniagaan.

Peringkat Strategi-Perniagaan.

         Kebanyakan organisasi mempunyai berapa unit perniagaan strategik yang nyata atau jelas.
      Peringkat ini menumpukan cara atau kaedah yang terbaik untuk bersaing dalam sesuatu perniagaan di samping membantu peringkat strategi-korporat.
         Peringkat ini menentukan
        jenis kelebihan persaingan.
        tindakan yang perlu diambil bersabit dengan pertukaran persekitaran dan keadaan persaingan.
        pengagihan sumber di dalam unit perniagaan.
        menyelaraskan strategi di peringkat fungsi atau operasi.

Peringkat Strategi-Fungsi atau Operasi

         Satu jenis strategi yang memberi fokus terhadap pelan atau rancangan tindakan untuk mengurus satu bidang fungsi atau operasi dalam satu perniagaan yang memberi sokongan kepada strategi di peringkat perniagaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan